Cari ape?

Sunday, February 1, 2009

Syaitan menolong umat islam ke masjid

Assalammuallaikum,

Buat renungan bersama.

Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di
buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada
satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik,
untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik
semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi
tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan
memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut,
siapakah dia. Orang
itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya,
kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan
menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain
terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah
ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu
diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa
umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.?

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke
masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat
berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah
di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan
kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam
menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang
lain.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan
silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wassalam,

No comments: