Yassin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
1. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
2. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
3. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
4. Jika terpenjara akan dibebaskan.
5. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
6. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
7. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.
8. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
9. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati
dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya
Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris
bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah,menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya".

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman
untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika
nyawanya diambil.

Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua
rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan
rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan
dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi
sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama
yang lain.

Comments

Yaya. said…
Allahuakhbar..
kif_0206 said…
iman: ALLAHUAKHBAR.. =)

Popular posts from this blog

madah cinta~

DIARI PRU

Cinta Itu buta