DIARI PRU

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Lama nampaknya tak update blog. Bukan sebab tak ada masa tapi rasa malas pula. haha Tapi gigihkan hati untuk menghasilkan nukilan. Hari ni saya nak berbicara tentang POLITIK. mungkin ramai yang tak suka, atau mungkin tak sependapat dengan saya.


POLITIK KOTOR

PRU 14 kali ni dijangkakan pada 9 Mei 2018. Kiranya PRU ke 3 dalam tempoh saya berbloger ni.haha POLITIK? Ya, saya memang minat berpolitik sejak kecil lagi. Dahulunya teringin nak ambil Ijazah Sains Politik. Tapi tak kesampaian, pengurusan awam dan kesihatan juga akhirnya. haha Tapi itu bukan penghalang untuk saya berpolitik.

Dipendekan cerita, apa parti politik korang sokong? Mestilah rahsia kn? haha ye, itu hak masing- masing. Sebenarnya dalam berpolitik ni kita boleh mempengaruhi orang secara pujukan, psikologi dan macam- macam lagi. Tapi, jangan sesekali memaksa orang menyokong apa yang kita sokong. Maksudnya, janganla paksa orang lain ikut dan sokong pendapat kita. Pengaruhi orang lain dengan strategi yang bijak.

Menjelang PRU je, kerap kita dengar bermacam macam cerita yang sebelum ni langsung tak pernah dengar kan? Contohnya soal dana politik, isu peribadi dan macam- macam lagi. Pokoknya, orang yang mengeluarkan cerita ni sepatutnya bertanggungjawab terhadap tohmahan dan tuduhan. Setiap tuduhan perlu dibuktikan sebagai sokongan. Jangan hanya lempar batu sembunyi tangan. Sebab itu Rang Undang- undang anti berita tidak benar sangat saya sokong. Itu pun sebenarnya tidak cukup malah perlu diselit dengan undang- undang islam sebagai contoh membawa 4 orang saksi. Bab ni pun sebenarnya panjang kalau kita nak hurai.




Sebagai contoh, kes cincin Datin Seri Rosmah bernilai 24 juta ringgit. Kes tersebut di bawa ke mahkamah dan apabila dibicarakan YB Rafizi hanya mengatakan isu tersebut sebagai gurauan. Jadi, ada 2 watak Rafizi, iaitu di luar mahkamah dan di dalam mahkamah. Memperdayakan rakyat dengan berita- berita palsu adalah satu fitnah. Dalam kes lain, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menuduh bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) terlibat dalam membawa masuk 40000 warga bangladesh sempena PRU sebagai pengundi hantu. Namun setelah diugut DS Anwar Ibrahim sendiri menfikan beliau pernah membuat kenyataan tersebut walhal videonya banyak dimuat naik di You Tube. Anda boleh "search" sendiri. Zaman maklumat dihujung jari, masih ada yang tertipu disebabkan oleh mereka yang membawa pelbagi berita palsu.




Masyarakat Melayu kita ini mudah terpengaruh dan dipengaruh oleh sang panglipur lara seperti Yb Rafizi. Kenapa? kerana kebijaksanaan beliau berpidato mempengaruhi masyarakat yang dan golongan makan suap dengan berita- berita di depan mata tanpa usul periksa.

(6)" Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. 

(7) Dan Ketahuilah! bahawasanya Dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu Dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara Yang diwahyukan kepadaNya, dan kamu Wahai orang-orang Yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara Yang kamu cintai serta di perhiaskannya Dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara Yang kamu benci; mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang tetap menurut jalan Yang lurus

 (8) (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

Ayat 6 surah al hujurat mengajar kita agar berhati-hati dalam menerima berita dari orang-orang fasik. Sebab nuzul atau turunnya ayat ini ialah bersempena kisah seorang muslim yang bernama al Walid bin Uqbah bin Abi Mu’id yang diutuskan oleh Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam untuk memungut harta sedekah dari Bani Mustaliq. Kemudian apabila beliau ke Kampung Bani Mustaliq, tiba-tiba beliau melihat penduduk kampung ramai-ramai keluar untuk menunaikan sedekah. Al Walid menyangkakan mereka sudah murtad lalu lari ke Madinah menghadap Baginda Nabi sallalahu alaihi wasallam, lau menceritakan apa yang berlaku. Setelah mendengar berita itu, baginda mengarahkan kerahan bala tentera untuk menyerang kampung Bani Mustaliq Baginda melantik Khalid al Walid sebagai pemimpin bala tentera. Khalid Al Walid bertindak menghantar perisik ke kampung tersebut untuk menyiasat apa yang berlaku. Sesampainya di sana, mereka terdengar suara azan dan melihat orang kampung menunaikan solat. Ternyata mereka tidak murtad sebagaimana didakwa oleh Walid bin Uqbah. Lalu Khalid al Walid dan bala tentera Islam kembali ke Madinah bertemu Rasulullah. Kemudian Allah menurunkan ayat 6 surah al hujurat sebagai teguran dan panduan buat orang beriman dalam menerima khabar berita dari orang fasik.


Sempena PRU 14 ini, sama- sama kita fikir dan nilai sesuatu berita yang dibawa. Jika mudah kita terima sesuatu berita dan fitnah apatah lagi kedatangan Dajjal membawa fitnah- fitnahnya. Maaf jika tidak bersetuju dengan kenyataan saya. Ia hanya sebuah nukilan dan pendapat saya yang tidak semestinya sama dengan pendapat anda. Selamat mengundi PRU 14. :p


Comments

Popular posts from this blog

Masih Bernafas...